Selasa, 17 Disember 2019

Pelembuat Hati - Jiwa Yang Beriman


إنا من تفرس في نفسه فعرفها: صحت له الفراسة في غيره
"barang siapa memerhatikan/muhasabah dirinya maka di mengenalinya dengan benar, maka akan benar pula pemerhatian/muhasabahnya kepada orang lain"


10 perkara yang perlu ditekankan kepada aktivis dakwah

1. Meningkatkan solat dan akidahnya.
2. Berpegang kuat kepada ukhuwah persaudaraan.
3. Suka memberi dan suka dengan kesibukan yang melelahkan.
4. Merindukan jihad dan mati syahid.
5. Disiplin dalam ketaatan.
6. Tidak bercita-cita besar untuk kepentingan duniawi.
7. Menanti kematian dan melupakan dunia.
8. Cinta kepada Allah penuh harapan dan ketakutan.
9. Bara’ terhadap orang kafir dan munafiq.
10. Sabar menghadapi ujian dan dugaan.


Petanda orang yang beriman:-

ساكنة في صمتها، أبين ممن ينطق
"tenang dalam diamnya, lebih jelas dari orang yang berbicara"

mereka pendiam, selalu berfikir, merenung dengan tenang, tidak banyak berbicara, dan menjauhi gurauan, akan tetapi dia seorang berwibawa yang berpengaruh, dan keindahannya menyentuh jiwa. 

وإن ونت وقفتها: أعجلها المنطلق
"apabila diamnya terlalu lama, mempercepatkan tolakan gerakannya".

Malas atau lalai dan santai datang sekejap sahaja, kemudian terdorong dirinya untuk berkerja datang dari keimanannya. Namun syaitan selalu menghiasi diri manusia dengan perkara yang memberatkan pergerakan itu. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan