Bismillah
Demi
masa* Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian* Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan
dengan kesabaran*
Bagaimana menjadikan sebuah masa yang berkualiti
Pepatah melayu mengatakan “masa umpama emas”, pepatah arab mengatakan “masa ibarat pedang
jika kamu tidak memotong ia maka ia akan memotong kamu”.
Saya inging membawa pembaca berfikir beberapa persoalan untuk kita muhasabah kembali tingkah laku kita seharian.
Timbul
beberapa persoalan:-
A) Sejauh manakah kita sebagai seorang muslim
mengambil berat akan masa yang tersusun dan dipenuhi dengan perkara yang
bermanfaat untuk diri, ummah dan agama?
B) Adakah setiap perbuatan kita itu bermanfaat?
C) Adakah setiap percakapan itu benar?
D) Adakah
setiap langkah kita penuh dengan zikir?
E) Adakah setiap detik itu menambahkan pahala dan
mendekatkan diri kepada Allah?
untuk menjawab persoalan-persoalan ini, saya bahagikan kepada 3 bahagian:-
1) Jika
kita melihat dari skop seorang mahasiswa khususnya buat mahasiswa di Mesir.
Tempoh pembelajaran dalam bidang kedoktoran selama 6 tahun dan bagi bidang
keagamaan hanya 4 tahun. Tempoh ini tidaklah mencukupi untuk kita menggali
segala khazanah ilmu dan ketamadunan yang terdapat di Mesir. Adalah amat
penting untuk kita meletakkan matlamat dan tujuan kita di Mesir. Agar kita
mampu menyusun setiap gerakgeri dan perbuatan kita menuju kepada matlamat yang
hendak dicapai. Mahasiswa yang berjaya dia mampu untuk mengatur
langkah-langkahnya supaya segala yang dilakukan itu bukanlah perkara yang
sia-sia. Penyusunan masa yang sempurna adalah penyusunan masa yang dilengkapi
kepentingan dirinya, ummah dan agama keseluruhannya. Tidaklah seorang mahasiswa
itu menuntut ilmu untuk kepentingan dirinya sahaja melainkan untuk memberi
manfaatnya kepada masyrakat dan agama itu sendiri.
2) Jika kita melihat dari skop seorang muslim.
Sesungguhnya islam menyuruh ummatnya mengisi masa-masanya dengan beramal soleh.
Tujuan amal soleh itu tidak lain dan tidak bukan melainkan hanya untuk mencari
keredhaan Allah. Dari situ akan timbul keimanan kepada Allah dan mendekatkan
diri kepadanya. Ummat islam sepatutnya menjadikan setiap percakapannya adalah
benar dan jauh dari berbohong. Percakapan yang bermanfaat dipenuhi dengan
nasihat menasihati dan mengajak orang lain melakukan kebaikan bersama-sama.
Begitu juga dengan perbuatan, ummat islam sepatutnya menjadi contoh dan teladan
yang baik bagi orang disekitarnya. Teladan dari segala segi termasuklah
kepimpinan, kewibawaan, ketegasan, kesukanan dan sebagainya. Sesungguhnya
contoh ikutan dan teladan yang paling agung adalah nabi Muhammad SAW.
3) Jika kita lihat dari aspek pahala dan keredhaan
Allah. Dua perkara ini tidak akan dapat
dipisahkan. Bagaimana kita mahu menjadikan setiap masa yang berlalu adalah
pahala dan diredhai allah?
Perkara utama yang perlu ditekankan ketika itu adalah
niat. Setiap perbuatan yang disertai dengan niat yang ikhlas dan menjadikan
setiap perbuatannya adalah ibadah kepada Allah. Sebagai contoh seorang
mahasiswa yang beniat ketika keluar rumahnya untuk pergi menuntut ilmu kerana
Allah. Maka Allah akan memberikan pahala kepadanya bermula dia keluar rumah
sehinggalah dia kembali semula. Jika ia mati dalam perjalanannya, tidak lah dia
mati melainkan mati dijalan Allah. Kecuali segala perbuatan yang dilakukannya
merupakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan menyebabkan Allah tidak
redha dengan perbuatannya.
Perkara kedua, setiap langkah dan perbuatannya mengingati
Allah iaitu dipanggil zikir. Zikir ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu
zikir mulut, zikir hati dan zikir perbuatan. Saya mahu tekankan pada bahagian
zikir perbuatan, sebagai contoh seorang penjual ketika berjual beli, dia
mengingati bahawa tipu itu haram. Begitu juga mahasiswa ketika dia menuntut
ilmu dia mengingati bahawa ilmu itu cahaya allah, tidaklah masuk cahaya Allah
itu pada hati yang kotor. Secara ringkasnya zikir perbuatan ini adalah
menghindari seseorang dari melakukan perkara yang dilarang oleh allah.
Kesimpulannya, seorang mahasiswa yang muslim
seharusnya pandai menyusun masa dengan perkara-perkara yang berfaedah
disertai dengannya niat yang ikhlas kerana allah dan disusuli olehnya
peringatan-peringatan Allah yang dapat menjauhkan dirinya dari melakukan
perkara yang dilarang oleh allah. Wallahu a’lam.
-
1)Baiki tatabahasa
BalasPadam2) masukkan fakta. Artikel yang baik sebegini harus ada quote, petikan buku, hadis, ataupun al-Quran.
Teruskan menulis dan jangan putus asa! :)