Masa tidak pernah berhenti dan usia terus meningkat,
setiap detik berlalu begitu pantas dan waktu ajal semakin mendekat. Setiap
hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat begitu berharga, amatlah rugi
sesiapa yang tidak mengisi masa dan usianya dengan beribadah kepada Allah.
Kerana matlamat penciptaan manusia diatas muka bumi ini oleh Allah adalah untuk
beribadat kepadanya. Ibadat itu bukanlah sekadar solat, puasa, zakat, haji
sahaja, malah ia merangkumi setiap perkara yang kita lakukan yang diniatkan
sebagai ibadat kepada Allah dan perkara itu tidak melanggari syariat Islam.
Firman Allah:
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون (الذاريات: 56)
Beribadat merupakan matlamat penciptaan manusia oleh
Allah. Dalam hidup ini kita perlu tanya 3 soalan pada diri kita: dari
mana kita datang?, kenapa kita
didatangkan? dan kemana kesudahan kita?
1)Dari Mana Kita Datang?
Kita diciptakan dari setitis air mani yang hina yang
keluar dari saluran yang sama dari saluran air kencing. Kita berasa jijik dan melekit jika ia terkena
pada tangan dan kita mebasuhnya sehingga bersih. Itulah hakikat sebenar
manusia. Dari air mani menjadi seketul darah, kemudia menjadi seketul daging,
kemudian daging itu membaluti tulang dan ia membesar sehingga cukup 9 bulan 10
hari, maka sempurnalah penciptaan manusia itu. Tetapi maknusia tidak pernah
berasa bersyukur diatas penciptaan Allah yang begitu sempurna sebagaimana Allah
berfirman dalam Al-Quran:
لقد خلقنا الإنسان في أحسن
تقويم (التين:4)
Sesungguhnya
kami telah menciptakan manusia itu dalam bentuk yang sebaik-baiknya
Allah menciptakan manusia lebih baik penciptaannya
dari makhluk-makluknya yang lain namun manusia inilah yang kuat menentang perintah
Allah berbanding makhluk lain yang sentiasa taat dan memuji Allah sepanjang
masa. Sedarlah wahai manusia sekalian, bahawa kita diciptakan dari air yang
hina, maka tunduk dan taatlah perintah Allah.
2)Kenapa Kita Didatangkan?
Jikalau haiwan hidup untuk makan maka manusia makan
untuk hidup dan beribadat kepada Allah. Kita didatangkan oleh Allah keatas muka
bumi ini untuk menjadi hambanya dan menjadi khalifah untuk mentadbir bumi ini
sebagaimana firman Allah:
وإذ قال ربك للملائكة إنى
جاعل فى الأرض خليفة (البقرة:30)
Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku
hendak
menjadikan
seorang khalifah di bumi"
Tugas seorang khlifah ialah mentadbir
bumi ini dengan hukum Allah dan hukum Islam. Allah juga menyuruh hambanya untuk
mengajak kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran sebagaimana firman
Allah:
كنتم خير أمة
أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله (ال عمران:110)
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang
salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
Allah menjadikan manusia sebagai khalifah kerana
manusia diberikan akal dan mampu untuk berfikir. Berbeza dengan makhluk Allah
yang lain yang tidak diberikan oleh Allah nikmat akal. Akal ini pembeza antara
manusia dengan haiwan, jika manusia yang tidak menggunakan akal dalam
melaksanakan sesuatu perkara, maka dia samalah seperti binatang sebagaimana firman
Allah:
لهم قلوب
لايفقهون بها ولهم أعين لايبصرون بها ولهم ءاذان لايسمعون بها أولىك كالأنعام بل
هم أضل (الاعراف:179)
mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi
3)Kemana kesudahan kita
Kita dihidupkan dari alam rahim ibu ke
alam dunia yang penuh cabaran, kemudian kita dimatikan di dunia dan akan dihidupkan
semula di akhirat kelak. Begitulah garis masa bagi setiap manusia yang di
ciptakan oleh Allah. Kita hidup di dunia ini hanya sementara, kehidupan
akhiratlah yang kekal abadi. Maka persiapkanlah bekalan kehidupan kita untuk akhirat
lebih banyak daripada habuan kita di dunia. Sesungguhnya dunia ini diibaratkan
seperti sebuah singgahan dalam perjalanan seorang musafir untuk berehat seketika
di sebatang pohon yang rendang, sesungguhnya perjalan kita masih jauh untuk
diteruskan. Ingatlah sesungguhnya setiap
jiwa yang hidup pasti akan merasai kematian sebagaimana firman Allah:
كل نفس ذائقة
الموت (ال عمران: 185)
Setiap
yang bernyawa pasti akan merasa kematian
Usia kita didunia ini amat berharga,
maka isilah masa kita
dengan amal ibadat kepada Allah kerana hanya iman dan amal yang dapat
menyelamatkan kita di akhirat. Tiada siapa pun yang dapat menolong diri kita
melainkan amal yang kita lakukan didunia ini. Sesungguhnya harta dan keluarga
kita pun tidak mampu menyelamatkan kita dari siksaan azab api neraka
sebagaimana firman Allah:
يوم لاينفع
مال ولا بنون* إلا من أتى الله بقلب سليم* (الشعراء:88-89)
Pada
hari yang tidak memberi manfaat oleh harta dan anak pinak, melainkan orang yang
datang kepada Allah dalam keadaan hati yang sejahtera
Kesimpulannya 3 solan ini menceritakan
tujuan sebenar kenapa kita didatangkan oleh Allah ke dunia. Tidak lain dan
tidak bukan melainkan untuk menjadi hambanya yang sentiasa beribadat kepadanya.
Ingat ajal seseorang itu boleh datang bila-bila masa sahaja, ia tidak menunggu
usia kita menjadi tua. Apabila ajal sudah datang maka Allah tidak akan
lambatkan atau cepatkan waktu ajalnya walau sesaat sebagaimana firman Allah:
إذا جاء
أجلهم فلا يستئخرون ساعة ولا يستقدمون (يونس: 49)
Apabila
telah datang ajal, maka ia tidak akan melambatkan dan mempercepatkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan