Jumaat, 31 Januari 2014

Keluarga Fillah





Bismillah

Assalamualaikum, sudah lama aku tidak mengupdate blog ini, teringin aku untuk berkongsi pengalaman kepada pembaca, tetapi kali ini aku nak tujukan kisah ini kepada ahli keluargaku.

Wahai ahli keluargaku. Terima kasih daun keladi ku ucapkan, diatas jasa dan pengorbanan antum ketika mana kita mengharungi dan menempoh cabaran kehidupan bersama-sama. 

Mungkin hubungan kita bukanlah diatas dasar pertalian darah atau keturunan, akan tetapi perhubungan kita adalah ukhuwah fillah.

Alhamdulillah, aku ditempatkan dengan ahli keluarga yang baik hati dan budi perketi, peramah, suka tolong menolong dan selalu mengambil perhatian.

Telah banyak perkara dan peristiwa yang berlaku dan dirasai bersama, dan telah banyak kenangan yang tersimpan bersama. Kadang- kadang sedih dan kadang-kadang gembira.

Tika mana hatiku sedih akan ada insan yang memberikan kata-kata semangat. Tika mana hatiku gembira akan ada insan yang menemani dan melayan kerenahku. Tika mana aku lemah merekalah yang memberi sokongan dan panduan kepadaku. Tika mana aku lapar mereka juga yang menyediakan makanan.

Aku tidak akan lupa kenangan indah tika mana kita melakukan aktiviti keluarga bersama-sama demi merapatkan ukhuwah dan silaturrahim, dan tidak lupa juga kenangan bersama-sama kita dalam membina suasana dan biah solehah demi membina dan membentuk peribadi individu muslim.

Seperti biasa setiap yang hidup pasti akan mati, dan setiap perjalanan pasti sampai ke penghujungnya, dan setiap perjumpaan pasti akan ada perpisahan. Mungkin sudah sampai masanya untuk kita berpisah, walaupun berjauhan namun hati kita tetap bersama. Jika rindu maka kenangkan diriku di hatimu.

Hari demi hari sudah berlalu, rupanya sudah setahun kita bersama. Aku memohon maaf jika selama kita bersama banyak melukakan hati, dan aku mintak halal jika terambil atau termakan tanpa keizinan.

Hidup kita masih panjang. Perjalanan masih jauh. Teruskan thabat dalam jalan dakwah ini. Semoga hubungan kita ini diberkati dan diredhai allah. Jumpa disyurga. Salam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan