Ahad, 23 Jun 2013

Jahiliyah Remaja Masa Kini




Assalamualaikum,

Pada Zaman kini, khususnya remaja dan belia di Malaysia yang mudah terdedah dengan pelbagai anasir-anasir jahiliah yang dibawa oleh barat. Iman mereka yang tidak kuat untuk melawan hawa nafsu menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti-aktiviti yang merosakkan Akidah dan Iman mereka. Amal fardi yang kurang dan maksiat yang bertambah menyebabkan mudahnya terpengaruh dengan keadaan sekitarnya yang jahiliah. Apabilah mereka selalu bergelumang dengan maksiat maka hati mereka akan menjadi gelap dan kotor dan ia memberi kesan pada sikap dan peribadi mereka. Maka akan lahir generasi yang tidak dapat memberi manfaat kepada ummah malah meruntuhkan ummah. Antara masalah jahiliah yang selalu melanda dalam kalangan remaja sekarang yang berada di universiti tempatan atau universiti luar Malaysia adalah seperti berikut:-
JAHILIYYAH





Masalah Remaja Masa Kini

1) Suka melepak ditempat-tempat susyi dan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah sehingga larut malam.
2) Mempunyai masalah Ikhtilat atau Masalah perempuan yang melampau.
3) Terlalu asyik dengan video game seperti PS2,PS3,PSP dan lain-lain sehingga melalaikan dan meninggalkan tanggungjawab.
4) Begitu Taksub dengan movie-movie hollywood atau bollywood atau korea dan movie yang menggambarkan aksi luncah.
5) Tidak merasakan bersalah dan berdosa dalam melakukan jenayah atau kesalah-kesalahan berat dan menindas orang yang lemah.


Firman Allah: 

إن النفس لأمارة بالسوء ( يوسف:53 )

 Mafhumnya: sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada perkara yang buruk.


زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقتطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة ةالأنعام والحرث ذلك متاع الحياة الدنيا ( ال عمران:14 )

Mafhumnya: dijadikan perhiasan untuk manusia suka akan perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk-tumpuk dari emas dan perak, kuda pilihan (kenderaan), haiwan ternakan dan sawah-sawah.


ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين ( البقرة:168 )

Mafhumnya: janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan sesungguhnya bagi kamu musuh yang nyata.


Apakah yang Perlu Kita Lakukan

Firman Allah:

إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم ( الرعد:11 )

Mafhumnya: sesungguhnya allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaan diri mereka sendiri.


 والعصر* إن الإنسان لفي خسر* إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر* (العصر:1-3)

Mafhumnya: Demi masa* sesungguhnya manusia berada dalam kerugian* melainkan orang yang melakukan amal soleh dan saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran*


ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعرف وينهون عن المنكر وألىك لهم عذاب عظيم ( ال عمران:104 )

Mafhumnya: dan hendaklah diantara kamu ada golongan yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh melakukan perkara makruf dan mencegah perkara mungkar, mereka itulah orang yang beruntung.


Nabi bersabda:

إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله, ألا وهي القلب ( رواه البخاري ومسلم )( حديث الأربعين: 6 )

Mafhumnya: apabila ianya baik maka baik keseluruhan badannya, apabila ianya rosak maka rosak keseluruhan badannya, ketahuilah ianya adalah hati.

Kesimpulan


Tidak ada yang mampu mengubah seseorang itu  melainkan dia sendiri ingin berubah, perubahan yang hakiki adalah perubahan dari hati , dari situ baru akan timbul sifa dan peribadi yang baik dan mulia, kerana hati yang bersih akan mencerminkan budi yang mulia. Hati manusia ini diibaratkan sebagai span yang menyerap segala air, jika ia menyerap sesuatu yang bersih maka jika diperah juga akan keluar sesuatu yang bersih. Perlu kita selalu memikirkan kembali tujuan Allah mencipta kita diatas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepadanya, Maka wajib keatas kita untuk taat dan menurut segala suruhan dan menjauhi segala larangannya. Justeru itu perlulah kita melakukann perubahan diri dan sikap dari perkara-perkara yang jahiliah kepada perkara yang menambah pahala dan bermanfaat kepada orang lain. Istiqomah dalam setiap amal fardi akan menambah iman seseorang dan ia boleh menjadi pelindung dari hasutan syaitan. Semoga allah selalu menjaga iman dan amal kita insyaallah. 


Selasa, 26 Februari 2013

Matlamat Penciptaan Manusia




Tujuan Hidup

Masa tidak pernah berhenti dan usia terus meningkat, setiap detik berlalu begitu pantas dan waktu ajal semakin mendekat. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat begitu berharga, amatlah rugi sesiapa yang tidak mengisi masa dan usianya dengan beribadah kepada Allah. Kerana matlamat penciptaan manusia diatas muka bumi ini oleh Allah adalah untuk beribadat kepadanya. Ibadat itu bukanlah sekadar solat, puasa, zakat, haji sahaja, malah ia merangkumi setiap perkara yang kita lakukan yang diniatkan sebagai ibadat kepada Allah dan perkara itu tidak melanggari syariat Islam. Firman Allah:

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون (الذاريات: 56)

Tidaklah aku [Allah] jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadanya

Beribadat merupakan matlamat penciptaan manusia oleh Allah. Dalam hidup ini kita perlu tanya 3 soalan pada diri kita: dari mana kita datang?, kenapa kita didatangkan? dan kemana kesudahan kita?


1)Dari Mana Kita Datang?

Kita diciptakan dari setitis air mani yang hina yang keluar dari saluran yang sama dari saluran air kencing.  Kita berasa jijik dan melekit jika ia terkena pada tangan dan kita mebasuhnya sehingga bersih. Itulah hakikat sebenar manusia. Dari air mani menjadi seketul darah, kemudia menjadi seketul daging, kemudian daging itu membaluti tulang dan ia membesar sehingga cukup 9 bulan 10 hari, maka sempurnalah penciptaan manusia itu. Tetapi maknusia tidak pernah berasa bersyukur diatas penciptaan Allah yang begitu sempurna sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Quran:

لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم (التين:4)

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia itu dalam bentuk yang sebaik-baiknya

Allah menciptakan manusia lebih baik penciptaannya dari makhluk-makluknya yang lain namun manusia inilah yang kuat menentang perintah Allah berbanding makhluk lain yang sentiasa taat dan memuji Allah sepanjang masa. Sedarlah wahai manusia sekalian, bahawa kita diciptakan dari air yang hina, maka tunduk dan taatlah perintah Allah.


2)Kenapa Kita Didatangkan?

Jikalau haiwan hidup untuk makan maka manusia makan untuk hidup dan beribadat kepada Allah. Kita didatangkan oleh Allah keatas muka bumi ini untuk menjadi hambanya dan menjadi khalifah untuk mentadbir bumi ini sebagaimana firman Allah:

وإذ قال ربك للملائكة إنى جاعل فى الأرض خليفة (البقرة:30)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi"

Tugas seorang khlifah ialah mentadbir bumi ini dengan hukum Allah dan hukum Islam. Allah juga menyuruh hambanya untuk mengajak kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran sebagaimana firman Allah:

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله (ال عمران:110) 

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)

Allah menjadikan manusia sebagai khalifah kerana manusia diberikan akal dan mampu untuk berfikir. Berbeza dengan makhluk Allah yang lain yang tidak diberikan oleh Allah nikmat akal. Akal ini pembeza antara manusia dengan haiwan, jika manusia yang tidak menggunakan akal dalam melaksanakan sesuatu perkara, maka dia samalah seperti binatang sebagaimana firman Allah:

لهم قلوب لايفقهون بها ولهم أعين لايبصرون بها ولهم ءاذان لايسمعون بها أولىك كالأنعام بل هم أضل (الاعراف:179)

mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi


3)Kemana kesudahan kita

Kita dihidupkan dari alam rahim ibu ke alam dunia yang penuh cabaran, kemudian kita dimatikan di dunia dan akan dihidupkan semula di akhirat kelak. Begitulah garis masa bagi setiap manusia yang di ciptakan oleh Allah. Kita hidup di dunia ini hanya sementara, kehidupan akhiratlah yang kekal abadi. Maka persiapkanlah bekalan kehidupan kita untuk akhirat lebih banyak daripada habuan kita di dunia. Sesungguhnya dunia ini diibaratkan seperti sebuah singgahan dalam perjalanan seorang musafir untuk berehat seketika di sebatang pohon yang rendang, sesungguhnya perjalan kita masih jauh untuk diteruskan. Ingatlah sesungguhnya  setiap jiwa yang hidup pasti akan merasai kematian sebagaimana firman Allah:

كل نفس ذائقة الموت (ال عمران: 185)

Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian

Usia kita didunia ini amat berharga, maka isilah masa kita dengan amal ibadat kepada Allah kerana hanya iman dan amal yang dapat menyelamatkan kita di akhirat. Tiada siapa pun yang dapat menolong diri kita melainkan amal yang kita lakukan didunia ini. Sesungguhnya harta dan keluarga kita pun tidak mampu menyelamatkan kita dari siksaan azab api neraka sebagaimana firman Allah:

يوم لاينفع مال ولا بنون* إلا من أتى الله بقلب سليم* (الشعراء:88-89)

Pada hari yang tidak memberi manfaat oleh harta dan anak pinak, melainkan orang yang datang kepada Allah dalam keadaan hati yang sejahtera  

Kesimpulannya 3 solan ini menceritakan tujuan sebenar kenapa kita didatangkan oleh Allah ke dunia. Tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk menjadi hambanya yang sentiasa beribadat kepadanya. Ingat ajal seseorang itu boleh datang bila-bila masa sahaja, ia tidak menunggu usia kita menjadi tua. Apabila ajal sudah datang maka Allah tidak akan lambatkan atau cepatkan waktu ajalnya walau sesaat sebagaimana firman Allah:

إذا جاء أجلهم فلا يستئخرون ساعة ولا يستقدمون (يونس: 49)

Apabila telah datang ajal, maka ia tidak akan melambatkan dan mempercepatkan 





Ahad, 3 Februari 2013

Nasib Islam Di Malaysia












SOLUSI BAGI NEGARA MALAYSIA TERCINTA

Bersatu teguh bercerai roboh, peribahasa yang tidak asing lagi daripada masyarakat Islam Malaysia, walaubagaimanapun peribahasa ini masih tidak diimplimentasikan oleh masyarakat Islam Malaysia yang khususnya orang melayu. Tidak asing lagi pada saat ini, perpecahan dan pergolakkan yang berlaku sesama umat Islam di Malaysia sangat meruncingkan. Tidak dapat dinafikan bahawa Kita sedar akan perkara ini tetapi apakah langkah-langkah yang telah Kita usahakan demi keamanan negara dan agama islam di Malaysia.


Umat Islam diMalaysia seharusnya sedar akan punca-punca kepada masalah-masalah ini yang bermulanya dengan kemasukan virus-virus [Syiah dan Keristian] Dan wabakwabak ideologi yang tidak selari dengan syara’ agama islam seperti idea Sekularism, liberalism dan pluralism. Kita seharusnya risau dengan segala ideologi seperti ini jika wabak ini tidak disambut oleh masyarakat Islam.


Pucuk kepimpinan memainkan peranan yg sederap dan dominan bagi memartabatkan negara Malaysia yang bergelar negara islam. Malangnya, perpecahan dalam pucuk-pucuk kepimpinan ini telah jayanya memberi ruang yang besar kepada puak kafirun untuk mengambil peluang ini dengan melakukan segala perkara demi kepentingan agama dan diri mereka . Lebih sedih lagi apabila pucuk-pucuk kepimpinan Islam khususnya di Malaysia lebih mempercayakan puak kafirun daripada saudara musliminnya sendiri.


لا يتذ المؤمنون الكافرين أولياء من دون المؤمنين ومن يفعل ذلك فليس من الله شىء إلا أن تتقوا منهم تقاة ويحذركم الله نفسة وإلى الله المصير

“Janganlah orang-orang mukmin menjadikan orang-orang kafir sebagai wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu).” (Ali ‘Imran: 28)


Mungkin Kita tidak sedar akan status negara Malaysia sebagai negara Islam cuba di bubarkan, mungkin Kita tidak sedar akan hak orang Islam di Malaysia semakin berkurangan, mungkin kita tidak sedar sejarah islam ditanah melayu cuba ditukar, malah ada pendapat puak kafirun pada masa kini yang tidak mengiktiraf sejarah tanah melayu yang berstatus negara Islam, mungkin Kita tidak sedar orang islam yang kufur semakin meningkat, kita juga dikaburi dengan orang-orang melayu yang bertopengkan islam, 


ADAKAH KITA YANG BERGELAR UMAT ISLAM HANYA MAMPU UNTUK DUDUK DAN LIHAT?


SOLUSI utama bagi segala keruncingan ini adalah ukhwah atau hubungan antara pemimpin Islam di Malaysia harus dieratkan dan kesatuan ni bukan hanya menjelang PRU 13 malah buat selamanya, tidak mustahil hasrat pengabungan umat-ummat islam dan pemimpin-pemimpin islam untuk terjadi di Malaysia, sejarah Malaysia membuktikan bahawa pucuk-pucuk kepimpinan mampu untuk bersatu didalam menjamin kedaulatan agama islam
pada 13 Mei 1969.


ولن ترضى عنك يهود ولا النصارا حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى ولئن تبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم ما لك من الله من ولى ولا نصير

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang ilmu kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah:120)



Jelas ayat ini membuktikan bahawa puak kafirun tidak sama sekali akan redha dengan perundangan islam, sistem islam dan orang Islam. Ingatlah bahawa Al-islamu yaalu walla yu'la..Islam itu tinggi dan tiada tandinganya (الإسلام يألو ولا يعلى). Oleh itu,PILIHLAH pemimpin islam yang berwibawa yang mencorak negara Islam yang adil sejahtera.
Dan ingatlah umat Islam khususnya di Malaysia bahawa puak kafirun tidak pernah REHAT menyampaikan ideologi dan cara pemikiran yang mampu menghancurkan aqidah kita, janganlah kita berasa selasa dengan kedudukan kita
sekarang, janganlah kita membutakan diri sedangkan kita diancam secara terang-terangan ini.

INI NEGARA KITA,INI AGAMA KITA,INI TANGGUNGJAWAB KITA,

Darah hijau, tidak semestinya pelik
Keris tajam, tidak semestinya untuk membunuh


ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الأخرة من الخاسرين

Barangsiapa mencari agama selain Islam, tidaklah akan diterima darinya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali ‘Imran: 85)

Wallahualam

Isnin, 12 November 2012

Hijrah Mahasiswa




Apakah yang dimaksudkan dengan HIJRAH? 

Hijrah pada zaman nabi ialah perpindahan nabi Muhammad bersama sahabatnya dari Mekkah ke Madinah.


Apakah yang dimaksudkan dengan Hijrah Mahasiswa?

Hijrah pada zaman sekarang ialah perpindahan dari keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang baik dan daripada keadaan yang baik kepada keadaan yang lebih baik. Hijrah Mahasiswa boleh dilakukan dari pelbagai aspek kehidupan antaranya seperti berikut:-

1) Pengurusan masa

Kebanyakan mahasiswa di Malaysia tidak mempunyai pengurusan masa yang teratur dan sistematik. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton movie, bermain permainan video, melepak di tempat-tempat tidak berfaedah, bersosial di internet dan sebagainya Sesungguhnya islam telah mengajar kepada kita bagaimana untuk  mengisi masa-masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

والعصر* إن الإنسان لفي خسر* إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر* (العصر:1-3)

Allah berfirman mafhumnya: Demi masa* sesungguhnya manusia berada dalam kerugian* melainkan orang yang melakukan amal soleh dan saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran*

Mahasiswa yang dikehendaki oleh islam ialah mahasiswa yang pandai mengisi masa-masa lapangnya dengan perkara berfaedah dan berguna kepada diri dan masyarakat dengan tegur-menegur dan nasihat-menasihati. Selain itu, islam mahukan mahasiswa yang menjadikan setiap perkara yang dilakukan seperti membaca buku, mempelajari ilmu, berjumpa guru-guru dan kawan-kawan adalah ibadat dan amal soleh disisi Allah. Oleh itu, setiap detik berlalu yang diniatkan diatas dasar ibadah kepada Allah, maka Allah akan memberikan ganjaran bagi setiap apa yang dilakukan.


2) Wawasan dan matlamat

Mahasiswa di Malaysia khususnya, kebanyakannya tidak mempunyai matlamat dan wawasan dalam hidupnya. Mereka mengharungi kehidupan mereka dengan mengikut peredaran zaman. Zaman yang telah menentukan hidupnya, bukan dirinya yang mengatur dan mengorak langkah masa hadapannya.

وإذ قال ربك للملئكة إنى جاعل في الأرض خليفة... (البقرة:30)

Allah berfirman mafhumnya: dan Allah berkata kepada malaikat, sesungguhnya aku ingin menjadikan manusia sebagai khalifah diatas muka bumi…

وما خلق الجن والإنس إلا ليعبدون* (الذاريات:56)

Allah berfirman mafhumnya: dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku.

Islam membentuk mahasiswa yang mangatur perjalanan hidupnya menuju kepada ketundukan dan kepatuhannya kepada Allah. Contohnya: cita-citanya untuk menjadi jurutera, jurutera merupakan orang yang mengatahui fungsi setiap tiang dalam pembinaan sesebuah banggunan. Maka sepatutnya jurutera tidak meninggalkan solat kerana dia mengatahui kepentingan solat dalam pembinaan sesebuah agama. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain, semua bidang-bidang itu boleh membawa kita kepada ketundukan kepada Allah. Selain itu,  Islam juga telah mendidik mahasiswa untuk menjadi seorang pemimpin dan khalifah pada masa hadapan untuk membawa masyarakat kembali tuduk dan patuh kepada Allah dan meninggikan syariat Islam di muka bumi ini. 

banyak lagi aspek yang perlu kita perbetulkan dari masa ke semasa. Semoga kita sama-sama dapat ambil iktibar dari petikan ini. Semoga kita dapat pahala atas perubahan yang kita lakukan, kita berubah bukan kerana menunjuk-nunjuk kepada orang lain atau terdapat kepentingan peribadi. Tetapi kita berubah kerana Allah. Amin...

Selasa, 23 Oktober 2012

Kelebihan 10 Hari Zulhijjah


Kelebihan Berpuasa Pada Hari Arafah

روى مسلم رحمه الله عن قتاده عن نبي صلى الله عليه وسلم قال: صيام يوم عرفه أحتسب على الله أن يكفر ذنوب السنه التى قبلها والتى بعده


Mafhumnya: Rasulullah bersabda sesiapa yang berpuasa pada hari harafah iaitu (pada hari orang yang menunaikan haji berwukuf di padang arafah), allah akan menghapuskan dosanya yang lalu dan dosanya yang akan datang.

Kelebihan 10 Hari Zulhijjah

ما من ايام العمل الصالح فيهن احب الى الله من هذه الايام العشر قالوا ولا الجهاد في سبيل الله قال ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشئ (رواه البخارى)

Mafhumnya: tiada hari yang amalan solehnya yang allah amat suka ialah pada 10 hari zulhijjah, seseorang bertanya kepada nabi: tidak ada jihad fisabillillah pada 10 hari itu, nabi menjawab: tidak ada jihad pada hari itu kecuali seorang lelaki yang keluar bersama-sama hartanya dan dia tidak pulang kerumah melainkan tiada lagi harta bersamanya.

ما من أيام اعظم عند الله ولا احب اليه من العمل فيهن من هذه الايام العشر فأكثروا فيهن التهليل والتكبير والتحميد
(رواه الإمام احمد)

Mafhumnya: tiada hari yang lebih agung disisi allah pada 10 hari Zulhijjah dan allah menyukai amalan-amalan padanya dengan banyak  bertahlil (لا إله إلا الله) dan bertakbir (الله اكبر) dan bertahmid (الحمد لله).

Amalan-amalan yang amat digalakkan pada 10 Hari Zulhijjah. 

1) Melaksanakan ibadah Haji dan Umrah.
2) Berpuasa sunat pada siang hari.
3) Membanyakkan mengingati allah dengan berzikir.
4) Membanyakkan amalan kebajikan seperti bersedekah.
5) Membaca Al-Quran dan memahami maknanya.
6) Melaksanakan ibadah korban selepas solat raya (عيد الأضحى).

Disini, saya ingin mengajak para pembaca meningkatkan lagi amalan kita pada 10 hari Zulhijjah ini. Kerana allah telah meletakkan pelbagai ganjaran yang amat bernilai disisinya. Moga-moga kita dapat sama-sama mengikhlaskan niat kita dalam melaksanakan ibadah. Sehingga kita semua dapat mencapai tahap IHSAN.

الإحسن هو: أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكون  تراه فإنه يراك

Mafhumnya: IHSAN ialah kamu beribadah kepada kepada allah seolah-olah kamu melihat allah, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya dia melihat kamu.

Imam Syafie telah berkata bahawa dalam ibadah ini ada tiga perkara, pertama membenarkan dengan hati (التصديق بالقلب), berikrar dengan lidah (الإقرار باللسن) dan buktikan dengan perbuatan (العمل بالجوارح).

Mari kita sama-sama memperbaharui niat kita, dan meningkatkan lagi amal ibadah kita kepada allah, insyallah. amin. sekian...

Isnin, 15 Oktober 2012

Cerpen Pendek - Kasihmu Dirindui


Pada hari Ahad tersebut, setiap sekolah telang mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Pagi  itu, Aman melangkah kaki kesekolahnya sambil berdoa " ya allah engkau berikanlah aku keputusan yang cemerlang". Setiba Aman di sekolahnya Ah Chong memanggilnya "Aman! kesini cepat, lihat keputusan kamu terpapar di papan kenyatan sekolah". Aman tersenyum luas dan melompat-lompat ketika melihat keputusan itu, hatinya berbisik "alhamdulillah". Ah Chong berdiri dibelakang Aman sambil berkata "tahniah kepada kamu, aku pun tidak sehebat kamu". Aman memeluk Ah Chong lalu berkata "tahniah juga kepada kamu, aku tidaklah hebat sangat". 

***

Pada petang itu, Hassan bersama Aman bersembang-sembang sambil bergelak ketawa, Hassan bertanya "Aman selepas kamu dapat keputusan ini, kamu hendak melanjutkan pelajaran kamu ke mana?". Aman menarik nafas dalam-dalam sambil memejamkan mata lalu dia menjawab "Mesir". Hassan tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk bahu Aman setelah mendengar jawapan itu. Tiba-tiba Aman bangun dari kerusinya dengan pantas dan memandang tepat kearah jam dinding di sebelahnya, lalu dia berkata "sudah pukul 5.00 petang, aku perlu balik segera", dalam hatinya berbisik "aku masih belum beritahu ibu tentang keputusanku, pasti dia akan gembira mendengar berita ini". Lantas dia meninggalkan Hassan dan terus melangkah menuju ke pintu pagar utama sekolah.

***

Aman melompat-lompat sambil bersiul-siul menuju ke rumahnya, setiba di hadapan pintu rumahnya Aman memberi salam "assalamualaikum, ibu oh ibu". beberapa saat kemudian pintu rumah terbuka, terdengar suara adiknya "oh abang sudah balik, macam mana keputusan hari ini". Aman masuk rumah sambil melihat keseluruh ruang di rumahnya, lantas dia bertanya "adik, mana ibu?". adiknya mengangkat keningnya lalu menjawab "kenapa dengan ibu? dia keluar kebandar sebentar". Aman terus masuk bilik tanpa memperdulikan adiknya.

***

Selepas solat isyak, Aman lakukan sujud syukur. Selepas itu dia teringat sesuatu dan hatinya berkata "bila ibu  hendak balik, aku sudah tidak sabar untuk melihat riyak wajah ibu ketika mendengar keputusan SPM aku". Aman terus bangun dan melangkah menuju ke bilik adiknya, Aman berkata "ibu ada pesan pada adik yang dia akan balik jam berapa". Adiknya terus memandang abangnya lantas menjawab "ibu beritahu bahawa dia keluar sebentar sahaja, adik tidak pasti ibu akan balik jam berapa". Aman masuk kembali kebiliknya, dahinya berkerut sambil mundar-mandir di ruang biliknya. hati berperang "aku rasa tidak sedap hati pada malam ini, bila ibu hendak pulang". Aman menunggu kepulangan ibunya sehingga dia tertidur.

***

Pada jam 12.30 malam, tiba-tiba telefon rumah berdering "kring...kring...kring...". Aman terjaga dari tidurnya lantas dia bangun menuju kearah telefon itu. dalam keadaan samar-samar itu, Aman terlanggar frame gambar keluarganya. Aman terkejut lantas di menyebut "astaghfirullah". Kaki aman bergetar, lantas dia mencapai ganggang telefon, suara seorang lelaki berkata didalam telefon "hello, adakah ini rumah Cik Ramlah?". Aman menjawab " ya, Cik Ramlah ibu saya. Encik ada apa-ape perkara yang hendak beritahu kepada ibu saya?". Lelaki itu menjawab "tidak, pak cik hendak beri tahu bahawa ibu adik sekarang ini berada di hospita dalam wad ICU". Aman terpaku, mukanya pucat mendengar kabar tersebut. Hatinya merayu kepada tuhan "ya allah engkau selamatkanlah ibuku, sesungguhnya aku sungguh rindu padanya".

***

Aman bersama adiknya dengan pantas menuju ke hospital dengan menaiki taxi. Di hospital, Aman berjalan dengan pantas sambil melihat kekanan dan kekiri, dia terus berjumpa jururawat yang berada di kauter itu. Aman bertanya "dimanakah wad ibu saya yang bernama Ramlah binti Ali?". Jururawat tersebut menjawab "sebentar...ibu kamu berada di wad kecemasan, ditingkat dua sebelah kanan sekali". Aman mengucapkan "thank you", lantas dia segera menuju ketempat yang sudah diberitahu itu. Setiba disana, Aman bersama adiknya hendak masuk kebilik tersebut, namun dihalang oleh jururawat yang lain, Aman berkata  "aku mahu jumpa ibuku". jururawat itu memegang tangan Aman lantas menjawab "ibu kamu dalam keadaan keritikal, jika kamu mahu melihatnya, kamu tidak boleh buat bising didalam, mari saya temankan kamu berdua bertemu dengan ibu kamu". Maka merekapun masuk, Aman segara mencapai tangan ibunya, muka ibunya sudah tidak kelihatan seperti dulu, kakinya penuh luka dan calar. Air mata Aman mula mengalir dan dia memandang kepada jururawat itu, lantas bertanya " apa yang sudah berlaku kepada ibuku". jururawat itu memberitahu "ibu kamu terlibat dalam kemalangan jalan raya diantara kereta dengan lori kontena, saya harap kamu berdua banyak bersabar".

***

Keesokan harinya, tiba-tiba jari ibunya bergerak-gerak dan ibunya mula sedar dari komanya, Aman terjaga dari tidurnya. Dia terus menerpa ke wajah ibunya, air mata Aman sudah membasahi pipi. Aman teresak-esak lantas berkata "ibu Aman rindu sangat, Aman ada berita gembira hendak beritahu ibu". ibunya turut menitiskan air mata melihat kesedihan anak-anaknya lantas berkata "ibu sayang anak-anak ibu, beritahulah berita gembira itu". Aman megenggam tangan ibunya dengan erat dan berkata "Aman mendapat keputusan yang cemerlang dalan SPM, Aman harap ibu gembira". hatinya berkata "walaupun aku tidak dapat melihat riyak wajah ibuku ketika mendengar khabar ini, tetapi sudah cukup memuaskan aku jika ibu sudah mendengarnya". Muka ibuku dibalut dengan pembalut muka sehingga menutupi keseluruhan mukanya kecuali mata dan mulutnya. Aman berpaling dari ibunya lantas menadah tangan sambil berdoa "alhamdulillah, engkau telah selamatkan ibuku". 

Selasa, 9 Oktober 2012

Bumi Mesir



ادْخُلُواْ مِصْرَ إِن شَاء اللّهُ آمِنِين
"Masuklah kamu ke dalam negeri Mesir insyaAllah dalam keadaan aman.."
(Surah Yusuf: 99) 
Bumi mesir di gelar sebagai bumi ambia' kerana disitulah allah telah mengutuskan Nabi Musa, Nabi Syuaib dan nabi-nabi yang lain kepada Bani Israel. Selain itu ia juga dikenali sebagai ummu dunia kerana disana terdapat segala macam buah-buahan dan makan. Mesir merupakan sebuah negeri yang subur. Mesir tekenal dengan buah Tin dan Zaitun, kerana allah telah berfirman dalam surah Al-Tin ayat 1. Demi buah Tin dan demi Buah Zaitun
Mesir merupakan negara yang unik, disitulah keilmuan islam dan syiar islam (Al-Azhar) yang unggul disamping itu jugalah kezaliman firaun (Piramid) yang dilaknak oleh allah juga tertelak di bumi Mesir, sama-samalah kita ambil iktibar dari bumi yang bersejarah ini

* Demi buah tin dan demi buah zaitun.
* Demi bukit tursina.
* Dan inilah bumi (Mesir) yang aman
 (surah Al-Tin :1-3)

Allah telah menyebut bahawa bumi mesir ialah bumi yang aman. Jika dilihat pada masa kini, presiden Mesir Husni Mubarak telah jatuh dan telah digantikan dengan Presiden yang baru iaitu Muhammad Mursi. Moga-moga mesir lebih terjamin keamanannya berbanding ketika zaman pemerintahan Husni Mubarak.

Dalam Al-quran allah telah menyuruh kita bermusafir dan mengembara ke serata dunia untuk mencari dan melihat kesan-kesan sejarah yang dapat memberikan kite pangajaran dah iktibar untuk kite meneruskan kehidupan kita pada masa-masa akan datang dengan lebih berhati-hati agar tidak mengulangi lagi kesilapan-kesilan orang-orang yang terdahulu dari pada kita. nabi bersabda bahawa: orang yang beriman tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Oleh itu saya mengajak para pembaca untuk sama-sama kita berhati-hari dalam mengharungi belukar kehidupan dunia agar kita tidak terpijak onak dan duri. sekian....