Assalamualaikum,
Pada Zaman kini, khususnya remaja dan belia di Malaysia yang mudah terdedah dengan pelbagai anasir-anasir jahiliah yang dibawa oleh barat. Iman mereka yang tidak kuat untuk melawan hawa nafsu menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti-aktiviti yang merosakkan Akidah dan Iman mereka. Amal fardi yang kurang dan maksiat yang bertambah menyebabkan mudahnya terpengaruh dengan keadaan sekitarnya yang jahiliah. Apabilah mereka selalu bergelumang dengan maksiat maka hati mereka akan menjadi gelap dan kotor dan ia memberi kesan pada sikap dan peribadi mereka. Maka akan lahir generasi yang tidak dapat memberi manfaat kepada ummah malah meruntuhkan ummah. Antara masalah jahiliah yang selalu melanda dalam kalangan remaja sekarang yang berada di universiti tempatan atau universiti luar Malaysia adalah seperti berikut:-
JAHILIYYAH
JAHILIYYAH
Masalah Remaja Masa Kini
1) Suka melepak ditempat-tempat susyi dan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah sehingga larut malam.
2) Mempunyai masalah Ikhtilat atau Masalah perempuan yang melampau.
3) Terlalu asyik dengan video game seperti PS2,PS3,PSP dan lain-lain sehingga melalaikan dan meninggalkan tanggungjawab.
4) Begitu Taksub dengan movie-movie hollywood atau bollywood atau korea dan movie yang menggambarkan aksi luncah.
5) Tidak merasakan bersalah dan berdosa dalam melakukan jenayah atau kesalah-kesalahan berat dan menindas orang yang lemah.
Firman Allah:
إن النفس لأمارة بالسوء ( يوسف:53 )
Mafhumnya: sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada perkara yang buruk.
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقتطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة ةالأنعام والحرث ذلك متاع الحياة الدنيا ( ال عمران:14 )
Mafhumnya: dijadikan perhiasan untuk manusia suka akan perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk-tumpuk dari emas dan perak, kuda pilihan (kenderaan), haiwan ternakan dan sawah-sawah.
ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين ( البقرة:168 )
Mafhumnya: janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan sesungguhnya bagi kamu musuh yang nyata.
Apakah yang Perlu Kita Lakukan
Firman Allah:
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم ( الرعد:11 )
Mafhumnya: sesungguhnya allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaan diri mereka sendiri.
والعصر* إن الإنسان لفي خسر* إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر* (العصر:1-3)
Mafhumnya: Demi masa* sesungguhnya manusia berada dalam kerugian* melainkan orang yang melakukan amal soleh dan saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran*
ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعرف وينهون عن المنكر وألىك لهم عذاب عظيم ( ال عمران:104 )
Mafhumnya: dan hendaklah diantara kamu ada golongan yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh melakukan perkara makruf dan mencegah perkara mungkar, mereka itulah orang yang beruntung.
Nabi bersabda:
إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله, ألا وهي القلب ( رواه البخاري ومسلم )( حديث الأربعين: 6 )
Mafhumnya: apabila ianya baik maka baik keseluruhan badannya, apabila ianya rosak maka rosak keseluruhan badannya, ketahuilah ianya adalah hati.
Kesimpulan
Kesimpulan
Tidak ada yang mampu mengubah seseorang itu melainkan dia sendiri ingin berubah, perubahan yang hakiki adalah perubahan dari hati , dari situ baru akan timbul sifa dan peribadi yang baik dan mulia, kerana hati yang bersih akan mencerminkan budi yang mulia. Hati manusia ini diibaratkan sebagai span yang menyerap segala air, jika ia menyerap sesuatu yang bersih maka jika diperah juga akan keluar sesuatu yang bersih. Perlu kita selalu memikirkan kembali tujuan Allah mencipta kita diatas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepadanya, Maka wajib keatas kita untuk taat dan menurut segala suruhan dan menjauhi segala larangannya. Justeru itu perlulah kita melakukann perubahan diri dan sikap dari perkara-perkara yang jahiliah kepada perkara yang menambah pahala dan bermanfaat kepada orang lain. Istiqomah dalam setiap amal fardi akan menambah iman seseorang dan ia boleh menjadi pelindung dari hasutan syaitan. Semoga allah selalu menjaga iman dan amal kita insyaallah.