Isnin, 12 November 2012

Hijrah Mahasiswa




Apakah yang dimaksudkan dengan HIJRAH? 

Hijrah pada zaman nabi ialah perpindahan nabi Muhammad bersama sahabatnya dari Mekkah ke Madinah.


Apakah yang dimaksudkan dengan Hijrah Mahasiswa?

Hijrah pada zaman sekarang ialah perpindahan dari keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang baik dan daripada keadaan yang baik kepada keadaan yang lebih baik. Hijrah Mahasiswa boleh dilakukan dari pelbagai aspek kehidupan antaranya seperti berikut:-

1) Pengurusan masa

Kebanyakan mahasiswa di Malaysia tidak mempunyai pengurusan masa yang teratur dan sistematik. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton movie, bermain permainan video, melepak di tempat-tempat tidak berfaedah, bersosial di internet dan sebagainya Sesungguhnya islam telah mengajar kepada kita bagaimana untuk  mengisi masa-masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

والعصر* إن الإنسان لفي خسر* إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر* (العصر:1-3)

Allah berfirman mafhumnya: Demi masa* sesungguhnya manusia berada dalam kerugian* melainkan orang yang melakukan amal soleh dan saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran*

Mahasiswa yang dikehendaki oleh islam ialah mahasiswa yang pandai mengisi masa-masa lapangnya dengan perkara berfaedah dan berguna kepada diri dan masyarakat dengan tegur-menegur dan nasihat-menasihati. Selain itu, islam mahukan mahasiswa yang menjadikan setiap perkara yang dilakukan seperti membaca buku, mempelajari ilmu, berjumpa guru-guru dan kawan-kawan adalah ibadat dan amal soleh disisi Allah. Oleh itu, setiap detik berlalu yang diniatkan diatas dasar ibadah kepada Allah, maka Allah akan memberikan ganjaran bagi setiap apa yang dilakukan.


2) Wawasan dan matlamat

Mahasiswa di Malaysia khususnya, kebanyakannya tidak mempunyai matlamat dan wawasan dalam hidupnya. Mereka mengharungi kehidupan mereka dengan mengikut peredaran zaman. Zaman yang telah menentukan hidupnya, bukan dirinya yang mengatur dan mengorak langkah masa hadapannya.

وإذ قال ربك للملئكة إنى جاعل في الأرض خليفة... (البقرة:30)

Allah berfirman mafhumnya: dan Allah berkata kepada malaikat, sesungguhnya aku ingin menjadikan manusia sebagai khalifah diatas muka bumi…

وما خلق الجن والإنس إلا ليعبدون* (الذاريات:56)

Allah berfirman mafhumnya: dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku.

Islam membentuk mahasiswa yang mangatur perjalanan hidupnya menuju kepada ketundukan dan kepatuhannya kepada Allah. Contohnya: cita-citanya untuk menjadi jurutera, jurutera merupakan orang yang mengatahui fungsi setiap tiang dalam pembinaan sesebuah banggunan. Maka sepatutnya jurutera tidak meninggalkan solat kerana dia mengatahui kepentingan solat dalam pembinaan sesebuah agama. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain, semua bidang-bidang itu boleh membawa kita kepada ketundukan kepada Allah. Selain itu,  Islam juga telah mendidik mahasiswa untuk menjadi seorang pemimpin dan khalifah pada masa hadapan untuk membawa masyarakat kembali tuduk dan patuh kepada Allah dan meninggikan syariat Islam di muka bumi ini. 

banyak lagi aspek yang perlu kita perbetulkan dari masa ke semasa. Semoga kita sama-sama dapat ambil iktibar dari petikan ini. Semoga kita dapat pahala atas perubahan yang kita lakukan, kita berubah bukan kerana menunjuk-nunjuk kepada orang lain atau terdapat kepentingan peribadi. Tetapi kita berubah kerana Allah. Amin...