Selasa, 23 Oktober 2012

Kelebihan 10 Hari Zulhijjah


Kelebihan Berpuasa Pada Hari Arafah

روى مسلم رحمه الله عن قتاده عن نبي صلى الله عليه وسلم قال: صيام يوم عرفه أحتسب على الله أن يكفر ذنوب السنه التى قبلها والتى بعده


Mafhumnya: Rasulullah bersabda sesiapa yang berpuasa pada hari harafah iaitu (pada hari orang yang menunaikan haji berwukuf di padang arafah), allah akan menghapuskan dosanya yang lalu dan dosanya yang akan datang.

Kelebihan 10 Hari Zulhijjah

ما من ايام العمل الصالح فيهن احب الى الله من هذه الايام العشر قالوا ولا الجهاد في سبيل الله قال ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشئ (رواه البخارى)

Mafhumnya: tiada hari yang amalan solehnya yang allah amat suka ialah pada 10 hari zulhijjah, seseorang bertanya kepada nabi: tidak ada jihad fisabillillah pada 10 hari itu, nabi menjawab: tidak ada jihad pada hari itu kecuali seorang lelaki yang keluar bersama-sama hartanya dan dia tidak pulang kerumah melainkan tiada lagi harta bersamanya.

ما من أيام اعظم عند الله ولا احب اليه من العمل فيهن من هذه الايام العشر فأكثروا فيهن التهليل والتكبير والتحميد
(رواه الإمام احمد)

Mafhumnya: tiada hari yang lebih agung disisi allah pada 10 hari Zulhijjah dan allah menyukai amalan-amalan padanya dengan banyak  bertahlil (لا إله إلا الله) dan bertakbir (الله اكبر) dan bertahmid (الحمد لله).

Amalan-amalan yang amat digalakkan pada 10 Hari Zulhijjah. 

1) Melaksanakan ibadah Haji dan Umrah.
2) Berpuasa sunat pada siang hari.
3) Membanyakkan mengingati allah dengan berzikir.
4) Membanyakkan amalan kebajikan seperti bersedekah.
5) Membaca Al-Quran dan memahami maknanya.
6) Melaksanakan ibadah korban selepas solat raya (عيد الأضحى).

Disini, saya ingin mengajak para pembaca meningkatkan lagi amalan kita pada 10 hari Zulhijjah ini. Kerana allah telah meletakkan pelbagai ganjaran yang amat bernilai disisinya. Moga-moga kita dapat sama-sama mengikhlaskan niat kita dalam melaksanakan ibadah. Sehingga kita semua dapat mencapai tahap IHSAN.

الإحسن هو: أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكون  تراه فإنه يراك

Mafhumnya: IHSAN ialah kamu beribadah kepada kepada allah seolah-olah kamu melihat allah, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya dia melihat kamu.

Imam Syafie telah berkata bahawa dalam ibadah ini ada tiga perkara, pertama membenarkan dengan hati (التصديق بالقلب), berikrar dengan lidah (الإقرار باللسن) dan buktikan dengan perbuatan (العمل بالجوارح).

Mari kita sama-sama memperbaharui niat kita, dan meningkatkan lagi amal ibadah kita kepada allah, insyallah. amin. sekian...

Isnin, 15 Oktober 2012

Cerpen Pendek - Kasihmu Dirindui


Pada hari Ahad tersebut, setiap sekolah telang mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Pagi  itu, Aman melangkah kaki kesekolahnya sambil berdoa " ya allah engkau berikanlah aku keputusan yang cemerlang". Setiba Aman di sekolahnya Ah Chong memanggilnya "Aman! kesini cepat, lihat keputusan kamu terpapar di papan kenyatan sekolah". Aman tersenyum luas dan melompat-lompat ketika melihat keputusan itu, hatinya berbisik "alhamdulillah". Ah Chong berdiri dibelakang Aman sambil berkata "tahniah kepada kamu, aku pun tidak sehebat kamu". Aman memeluk Ah Chong lalu berkata "tahniah juga kepada kamu, aku tidaklah hebat sangat". 

***

Pada petang itu, Hassan bersama Aman bersembang-sembang sambil bergelak ketawa, Hassan bertanya "Aman selepas kamu dapat keputusan ini, kamu hendak melanjutkan pelajaran kamu ke mana?". Aman menarik nafas dalam-dalam sambil memejamkan mata lalu dia menjawab "Mesir". Hassan tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk bahu Aman setelah mendengar jawapan itu. Tiba-tiba Aman bangun dari kerusinya dengan pantas dan memandang tepat kearah jam dinding di sebelahnya, lalu dia berkata "sudah pukul 5.00 petang, aku perlu balik segera", dalam hatinya berbisik "aku masih belum beritahu ibu tentang keputusanku, pasti dia akan gembira mendengar berita ini". Lantas dia meninggalkan Hassan dan terus melangkah menuju ke pintu pagar utama sekolah.

***

Aman melompat-lompat sambil bersiul-siul menuju ke rumahnya, setiba di hadapan pintu rumahnya Aman memberi salam "assalamualaikum, ibu oh ibu". beberapa saat kemudian pintu rumah terbuka, terdengar suara adiknya "oh abang sudah balik, macam mana keputusan hari ini". Aman masuk rumah sambil melihat keseluruh ruang di rumahnya, lantas dia bertanya "adik, mana ibu?". adiknya mengangkat keningnya lalu menjawab "kenapa dengan ibu? dia keluar kebandar sebentar". Aman terus masuk bilik tanpa memperdulikan adiknya.

***

Selepas solat isyak, Aman lakukan sujud syukur. Selepas itu dia teringat sesuatu dan hatinya berkata "bila ibu  hendak balik, aku sudah tidak sabar untuk melihat riyak wajah ibu ketika mendengar keputusan SPM aku". Aman terus bangun dan melangkah menuju ke bilik adiknya, Aman berkata "ibu ada pesan pada adik yang dia akan balik jam berapa". Adiknya terus memandang abangnya lantas menjawab "ibu beritahu bahawa dia keluar sebentar sahaja, adik tidak pasti ibu akan balik jam berapa". Aman masuk kembali kebiliknya, dahinya berkerut sambil mundar-mandir di ruang biliknya. hati berperang "aku rasa tidak sedap hati pada malam ini, bila ibu hendak pulang". Aman menunggu kepulangan ibunya sehingga dia tertidur.

***

Pada jam 12.30 malam, tiba-tiba telefon rumah berdering "kring...kring...kring...". Aman terjaga dari tidurnya lantas dia bangun menuju kearah telefon itu. dalam keadaan samar-samar itu, Aman terlanggar frame gambar keluarganya. Aman terkejut lantas di menyebut "astaghfirullah". Kaki aman bergetar, lantas dia mencapai ganggang telefon, suara seorang lelaki berkata didalam telefon "hello, adakah ini rumah Cik Ramlah?". Aman menjawab " ya, Cik Ramlah ibu saya. Encik ada apa-ape perkara yang hendak beritahu kepada ibu saya?". Lelaki itu menjawab "tidak, pak cik hendak beri tahu bahawa ibu adik sekarang ini berada di hospita dalam wad ICU". Aman terpaku, mukanya pucat mendengar kabar tersebut. Hatinya merayu kepada tuhan "ya allah engkau selamatkanlah ibuku, sesungguhnya aku sungguh rindu padanya".

***

Aman bersama adiknya dengan pantas menuju ke hospital dengan menaiki taxi. Di hospital, Aman berjalan dengan pantas sambil melihat kekanan dan kekiri, dia terus berjumpa jururawat yang berada di kauter itu. Aman bertanya "dimanakah wad ibu saya yang bernama Ramlah binti Ali?". Jururawat tersebut menjawab "sebentar...ibu kamu berada di wad kecemasan, ditingkat dua sebelah kanan sekali". Aman mengucapkan "thank you", lantas dia segera menuju ketempat yang sudah diberitahu itu. Setiba disana, Aman bersama adiknya hendak masuk kebilik tersebut, namun dihalang oleh jururawat yang lain, Aman berkata  "aku mahu jumpa ibuku". jururawat itu memegang tangan Aman lantas menjawab "ibu kamu dalam keadaan keritikal, jika kamu mahu melihatnya, kamu tidak boleh buat bising didalam, mari saya temankan kamu berdua bertemu dengan ibu kamu". Maka merekapun masuk, Aman segara mencapai tangan ibunya, muka ibunya sudah tidak kelihatan seperti dulu, kakinya penuh luka dan calar. Air mata Aman mula mengalir dan dia memandang kepada jururawat itu, lantas bertanya " apa yang sudah berlaku kepada ibuku". jururawat itu memberitahu "ibu kamu terlibat dalam kemalangan jalan raya diantara kereta dengan lori kontena, saya harap kamu berdua banyak bersabar".

***

Keesokan harinya, tiba-tiba jari ibunya bergerak-gerak dan ibunya mula sedar dari komanya, Aman terjaga dari tidurnya. Dia terus menerpa ke wajah ibunya, air mata Aman sudah membasahi pipi. Aman teresak-esak lantas berkata "ibu Aman rindu sangat, Aman ada berita gembira hendak beritahu ibu". ibunya turut menitiskan air mata melihat kesedihan anak-anaknya lantas berkata "ibu sayang anak-anak ibu, beritahulah berita gembira itu". Aman megenggam tangan ibunya dengan erat dan berkata "Aman mendapat keputusan yang cemerlang dalan SPM, Aman harap ibu gembira". hatinya berkata "walaupun aku tidak dapat melihat riyak wajah ibuku ketika mendengar khabar ini, tetapi sudah cukup memuaskan aku jika ibu sudah mendengarnya". Muka ibuku dibalut dengan pembalut muka sehingga menutupi keseluruhan mukanya kecuali mata dan mulutnya. Aman berpaling dari ibunya lantas menadah tangan sambil berdoa "alhamdulillah, engkau telah selamatkan ibuku". 

Selasa, 9 Oktober 2012

Bumi Mesir



ادْخُلُواْ مِصْرَ إِن شَاء اللّهُ آمِنِين
"Masuklah kamu ke dalam negeri Mesir insyaAllah dalam keadaan aman.."
(Surah Yusuf: 99) 
Bumi mesir di gelar sebagai bumi ambia' kerana disitulah allah telah mengutuskan Nabi Musa, Nabi Syuaib dan nabi-nabi yang lain kepada Bani Israel. Selain itu ia juga dikenali sebagai ummu dunia kerana disana terdapat segala macam buah-buahan dan makan. Mesir merupakan sebuah negeri yang subur. Mesir tekenal dengan buah Tin dan Zaitun, kerana allah telah berfirman dalam surah Al-Tin ayat 1. Demi buah Tin dan demi Buah Zaitun
Mesir merupakan negara yang unik, disitulah keilmuan islam dan syiar islam (Al-Azhar) yang unggul disamping itu jugalah kezaliman firaun (Piramid) yang dilaknak oleh allah juga tertelak di bumi Mesir, sama-samalah kita ambil iktibar dari bumi yang bersejarah ini

* Demi buah tin dan demi buah zaitun.
* Demi bukit tursina.
* Dan inilah bumi (Mesir) yang aman
 (surah Al-Tin :1-3)

Allah telah menyebut bahawa bumi mesir ialah bumi yang aman. Jika dilihat pada masa kini, presiden Mesir Husni Mubarak telah jatuh dan telah digantikan dengan Presiden yang baru iaitu Muhammad Mursi. Moga-moga mesir lebih terjamin keamanannya berbanding ketika zaman pemerintahan Husni Mubarak.

Dalam Al-quran allah telah menyuruh kita bermusafir dan mengembara ke serata dunia untuk mencari dan melihat kesan-kesan sejarah yang dapat memberikan kite pangajaran dah iktibar untuk kite meneruskan kehidupan kita pada masa-masa akan datang dengan lebih berhati-hati agar tidak mengulangi lagi kesilapan-kesilan orang-orang yang terdahulu dari pada kita. nabi bersabda bahawa: orang yang beriman tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Oleh itu saya mengajak para pembaca untuk sama-sama kita berhati-hari dalam mengharungi belukar kehidupan dunia agar kita tidak terpijak onak dan duri. sekian....