Ahad, 16 Julai 2017

Cahaya Bulan


CERPEN PENDEK DIAMBIL DARI PENGALAMAN SEORANG DAEI

Di sebuah Kampung, di pinggir bandar, bersebelahan sebuah pantai yang biru, burung-burung berterbangan dan berkicauan, angin sepoi-sepoi mengalun pepohonan hijau, awan comel berambal-rambal di angkasa, cahaya menerjah dan menembusi awan putih menerangi bukit bukau disekeliling pantai. Kelihatan kanak-kanak berlari berkejaran dan juga nelayan-nelayan mula mengangkat sauh untuk berlayar.

Aku bersyukur melihat suasana dan keindahan alam ciptaan ilahi ini yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Aku menyedari bahawa disebalik keindahan ini pasti ada pencipta yang lebih indah daripada ini.

Aku menadah tangan dan memohon doa kepada ilahi, semoga aku tergolong di dalam kalangan hambanya yang bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan. Mataku mula berkaca mengalirkan air mata, terkenangkan nasib keluargaku yang jauh di negeri seberang. asyik dan tenggelam dalam lautan kemewahan dunia sehingga lupa daratan yang sebenar. Aku mendoakan mereka agar suatu hari nanti dikurniakan hidayah dan petunjuk dari ilahi.

“Salman!... jom la mandi pantai” Syukry memanggil Aku sambil menerjah badannya ke laut.

Aku tersadar dari lamunanku dan mengesat air mata dengan lenganku, lantas aku bangun dan berlari ke laut sambil melihat ke arah sebuah rumah banglo dihujung pantai.

“Pedih mataku syukry, masin betul air laut ni” teriak aku sambil memejamkan mata dan lantas keluar ke pantai kerana mataku dimasuki air laut.

“Jom la syukry kita pulang, mentari sudah tegak diatas kepala” aku mengajak syukry sambil mengelap badanku dengan tuala.

Syukry datang menghampiri ku, “puas aku mandi hari ni.” Kata syukry sambil duduk dan menghembuskan nafas. Mata aku masih tidak lekang dari melihat ke arah sebuah rumah banglo yang tersengam indah di hujung pantai itu.

“Syukry cuba kau lihat dihujung pantai tu, ada sebuah banglo besar. Kau tahu siapa yang tinggal disana?” tanya aku sambil menunjukkan jari telunjuk kearah banglo itu.

“Oh, rumah tu baru sahaja dibina, ada sebuah keluarga kaya yang datang dari negeri seberang, mereka baru sahaja berpindah ke sini tiga bulan yang lalu, aku dengar-dengar mereka mempunyai dua orang anak lelaki, umurnya baya kita” jawab Syukry sambil meneguk air Oren bekalan yang mereka bawa. Aku mengiakan sahaja dan mataku tetap melihat keadaan rumah banglo tersebut sambil aku menyalin pakaianku yang baru.

“Salman! Apa ni?” tanya Syukry sambil melihat dan menyentuh parut besar dibelakang badan Salman.

“Oh, tidak mengapa, hanya parut biasa ” jawab Salman sambil menjeling ke arah Syukry. Aku lantas menutupinya dengan pakaian baru. Pandanganku berhenti disatu sudut banglo itu sambil tergambar difikiranku sesuatu yang pernah terjadi di masa yang lalu.

“Jom la pulang ke rumah, malam ni kita akan ada usrah di masjid” tegur Syukry sambil memegang bahuku. Aku tersedar dari lamunan, lantas kami mengambil barang-barang dan terus memasuki kereta dan bergerak pulang.

***      

“Mus’ab bin Umair merupakan sahabat rasulullah yang pernah dihantar oleh Rasulullah ke Madinah untuk menyampaikan dakwah Islam di sana, walaupun ketika itu penduduk Madinah masih belum mengenali Islam. Namun begitu Mus’ab tidak pernah berhenti dan berputus asa menyampaikan dakwahnya, tiada satu rumah di bandar Madinah tidak diketuk olehnya, setelah berlalu setahun semakin berkembang orang Islam hasil dari usahanya. Penolakan Mus’ab untuk keluar berdakwah bukanlah semata-mata atas arahan nabi, akan tetapi keiman yang hakiki menolak seorang daie itu untuk terus berdakwah dan thabat diatas jalan ini” nasihat Ustaz Amir kepada kami sambil memandang mata kami satu persatu. Telinga aku menangkap setiap perkataan yang keluar dari mulut ustaz Amir dan tanganku terus menerus mencatat segala isi-isinya.

“Ustaz mahukan setiap dari kamu semua mesti menyampaikan dakwah kepada kawan-kawan yang lain, ajak mereka juga untuk  turut hadir ke perjumpaan mingguan kita ini, semoga usaha-usaha kamu semua diberi ganjaran oleh Allah diakhirat kelak” kata ustaz Amir kepada kami yang sedang asyik tenggelam dalam kebasahan nasihat dan kata-katanya.

“Insyallah ustaz, kami akan cuba” jawab syukry sambil menutup buku nota ditangannya. Syukry dan kawan-kawan yang lain bangun dan beredar pulang ke rumah.

“Ustaz, tapi aku masih malu dengan sikap aku, kerana aku bukanlah seorang yang sempurna?” aku bertanya ustaz sambil merapatkan kedudukanku mengahampirinya.

“Wahai Salman, sebagai seorang daie kita perlu yakin dengan setiap kebenaran, sesungguhnya Allah ciptakan manusia itu ada kelebihan dan kelemahannya, jangan sekali-kali jadikan kelemahan itu sebagai penghalang dakwahmu, Allah tidak melihat luaran seseorang hambanya, tetapi Allah melihat kebaikan yang ada dihatimu, maka ikhlaskan hatimu Salman” nasihat Ustaz Amir  kepadaku sambil mengajakku perhatikan bulan dan bintang dilangit.

“Terikasih ustaz atas segala nasihat dan bimbingan, aku mintak diri untuk pulang ke rumah” kata aku sambil menghulurkan tangan dan mencium tangannya. Terus aku melangkah keluar masjid berjalan kaki pulang ke rumah.

***

Dalam perjalan pulang ke rumah, aku ditemani cahaya bulan yang indah. Mulutku tidak berhenti berkumat kamit menyebut nama-nama Allah, hatiku selalu rasa bersyukur diatas nikmat perkenalanku dengan Ustaz Amir yang telah banyak membimbingku dan merubah sikapku, aku mula sedar tujuan penciptaanku diatas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepada tuhan dan menjadi pentadbir dialam ini.

“Tolong... tolong... aduh sakitnya” kedengaran sebuah jeritan meminta tolong, lantas aku berpaling mendapatkan suara itu, kelihatan seorang remaja terbaring dipersimpangan jalan raya melambai-lambai meminta tolong.

lantas aku terus berlari mendekati remaja itu, “innalillahiwainnailaihirajiun...” kata aku sambil mengangkat remaja itu dan meletakkan tangannya diatas bahuku. Aku memapahnya pulang kerumahku.

“Terima kasih, selamatkan aku” kata remaja itu sambil mengosok bahagian kakinya yang terluka.

“Aku abang Salman, siapa nama adik?” aku mula perkenalkan diriku sambil menuang teh panas kedalam sebuah cawan.

“Namaku Azry, aku tinggal di rumah banglo terletak di hujung pantai” kata Azry sambil menghirup sedikit teh panas.

“Adik kemalangan ke?” tanya aku perlahan.

Azry menggengam jari jemarinya, “aku diserang oleh Samseng kampung ini, motor dan beg aku dirompak, aku bertubi-tubi ditumbuk oleh mereka” kata Azry sambil menghempas tangannya di meja. Aku mengangguk sahaja sambil mengusap belakangnya.

“Adik tidurla dirumah abang malam ni, esok abang hantar adik pulang kerumah” kata aku sambil membetulkan keadaan bantal dan menepuk tilam.

***               

“Salman! Azry!... jom sarapan pagi, aku masak mi goreng telur mata” panggil Syukry diruang dapur sambil meletakkan pinggan mangkuk diatas meja. Aku dan Azry melangkah keluar bilik menuju ke ruang makan.

“Wah sedapnya, pandai abang masak” kata Azry sambil menjilat bibirnya yang kering.

“Mana Faris dan  Zaid?” tanya aku kepada Syukry sambil melihat kearah jam dinding.

“Mereka sudah keluar ke kuliah awal pagi lagi, dengarnya ada urusan yang perlu diselesaikan” jawab Syukri sambil menyuap mi goreng kedalam mulut. Selesai makan, Aku bersiap untuk menghantar Azry pulang.

“Brom...brom...” aku mula hidupkap enjin motor EX5 110CC yang sudah hampir 5 tahun usianya.

“Azry!... mari abang hantar pulang ke rumah” aku memanggil Azry sambil membetulkan tali topi keledarku. Azry berlari dan duduk dibelakangku. Aku terus memecut motor menuju ke arah banglo dihujung pantai itu.

“Banyak tanda tanya yang masih belum terjawab” bisik hatiku sambil melihat atap banglo dari kejauhan pantai. Aku berhenti motor dihadapan pintu pagar utama, mataku menyeluruhi disetiap sudut halaman banglo itu.

“Abang Salman, jika tidak keberatan, mari bertandan ke rumah saya” ajakan Azry sambil melebarkan pipinya. Aku dengan senang hati menerima ajakan itu.

“Mama!... papa!...” Azry memanggil ibu dan ayahnya sambil membuka tombol pintu rumah. Mataku masih tidak lekang melihat sekeliling banglo itu, aku memerhatikan satu persatu barang dan perhisan rumah itu.

“Jemputlah masuk, buat macam rumah sendiri, makcik kedapur sebentar siapkan air” kata ibu Azry sambil menunjukkan ibu jarinya kearah sofa-sofa diruang tamu.

Melihat keadaan di dalam rumah itu, Pandanganku terhenti pada sebuah bingkai gambar keluarga didinding ruang tamu itu, mulutku tertutup rapat, mataku memandang tepat pada seseorang didalam gambar itu.

“Apakah semua ini?, siapakah mereka? Kenapa mereka disini?” hatiku pernuh tanda tanya.

Hatiku mula resah, “Azry, abang terlupa ada temu janji lain hari ni, maafkan abang perlu segera pulang” mulutku sepontan mengeluarkan kata-kata itu sambil melihat jam tanganku.

“Nanti dulu abang, mama sudah buatkan air” kata Azry sambil membulatkan matanya dan memegang tanganku.

“Aku tidak mampu berdalih lagi, mungkin inilah masanya untukku mengetahui segalanya” bisik hatiku sambil melabuhkan punggungku diatas sofa yang empuk.

“Azry, Mana abang kau?, sudah seminggu tidak pulang ke rumah, ehtah buat apa kat luar sana” tanya ibu Azry kepada anaknya sambil memberikan segelas kopi yang masih panas kepadaku.

“Entahla mama, semalam kawan-kawan abang telah rompak motor adik, nasib baik ada abang Salman datang selamatkan adik” jawab Azry sambil mengangkat seluarnya sehingga jelas kelihatan luka semalam.

“Sampai hati abang kau buat adik macam ini, tidak serik-serik lagi, sampai bila dia akan berterusan begini” keluh ibu Azry sambil melihat luka di kaki anaknya. Aku diam sahaja melihat keadaan yang berlaku.

“Terima kasih Salman kerana selamatkan anak makcik, abang Azry ni memang bermasalah orangnya, kami berpindah ke kampung ini dengan harapan dia dapat berubah, dahulu ketika kami di negeri seberang, ramai orang tidak suka akan keluarga kami disebabkan perbuatan abang Azry yang menggangu penduduk kampung” sembang makcik kepadaku sambil membetulkan kedudukannya.

“Makcik harapkan kamu dapat bantu juga abang Azry kembali kepangkal jalan, kerana jauh disudut hatinya masih ada keinginan untuk berubah” kata makcik sambil melihat mataku dengan penuh harapan.

“Maafkan saya makcik, boleh saya tahu siapa nama abang Azry?” tanya aku kepada makcik dengan penuh penantian jawapan.

“Oh, Edry, kembar kepada Azry, mungkin silap makcik tidak menghantarnya kesekolah agama seperti Azry, jika tidak mungkin keadaan akan jadi begini” kata makcik sambil menundukkan kepalanya. Matanya mula berkaca  mengeluarkan air mata kekecewaan.

“Sudah kusangka tatkata aku melihat Azry buat kali pertama seolah-olah aku pernah kenal dia suatu masa yang lalu” hatiku berbisik sambil mataku menjeling ke arah Azry. Ibu Azry lantas mengesat air mata dengan tisu diatas meja.

“Makcik perlu tabah, Allah jadikan anak-anak itu sebagai ujian didunia, Allah tidak menguji hambanya dengan ujian yang berat, yakinlah manusia itu suka perkara kebaikan, saya mendoakan agar anak makcik Edry suatu hari nanti akan kembali kepangkal jalan” nasihatku kepada ibu Azry sambil merapatkan kotak tisu kepadanya. Ibu Azry mengutip cawan yang kosong dan membawanya ke dapur.     

“aku seronok bersama abang, alangkah indahnya jika saya ada abang seperti abang Salman” kata Azry kepadaku sambil tersenyum.

“Azry malam ni abang mahu ajak Azry makan di restoran Pak Ali, kita jumpa di masjid Ar-Rahman sebelah pantai Isyak nanti boleh? Selepas itu kita pergi makan sekali” ajak aku kepada Azry sambil melangkah ke pintu rumah banglo.

“Boleh insyallah, baik-baik pulang kerumah, sampaikan salam kepada abang Syukry” jawab Azry sambil melambai-lambaikan tangan.

***

“Allahu akbarullahu akbar...” azan Isyak berkumandang di Masjid Ar-Rahman. Aku datang ke masjid, mengambil wuduk dan melangkah keruang solat. Kelihatan seorang pakcik membaca Al-Quran di sudut kanan masjid, aku menyandarkan badan di sebuah tiang ditengah-tengah masjid sambil tanganku memetik 33 biji buah tasbih.

“Ya Allah ampunilah dosa hambamu ini, jika bukan kerana rahmat Mu aku tidak akan berada di dalam Masjid ini, benarlah bahawa pemilik hati ini ditanganMu, maka tetapkanlah hatiku diatas ketaatan kepadaMu dan agamaMu” hatiku menginsafi sambil terbayang kisah jahilku yang pernahku alami suatu masa lalu.

Kelihatan ramai orang masuk kemasjid dan memenuhi saf-saf dihadapan. Aku pandang kekanan dan kekiri mencari susuk tubuh yang masih ditunggu namun belum tiba.

“Dimanakah Azry? Adakah dia terlupa temu janji kita?” hatiku bertanya pada diriku sambil aku memenuhkan saf dibelakang imam. Setelah selesai solat Isyak, lantasku berdiri dan memerhati setiap jemaah, namun masih tidak kelihatan lagi insan yang ditunggu-tunggu, aku terdiam seribu bahasa sambil merehatkan badan dibelakang masjid. 

Aku teringat kisah kali pertama kali aku berjumpa dengan Ustaz Amir di masjid ini setahun yang lalu, aku tercungap-cungap kepenatan mencari tempat bersembunyi kerana lari daripada ditangkap oleh polis, akhirnya aku bersembunyi dimasjid ini, aku ketiduran kerana kepenatan.

“Adik...bangun dik...” aku dikejutkan oleh Ustaz Amir dengan nada perlahan, lantas aku terjaga, nafasku bagaikan aku melangkah seribu, mataku menyeluruhi ruang masjid dengan pantas jika ada susuk tubuh yang aku takuti.

“Adik jangan bimbang, adik bangun pergi ambil wuduk, sebentar lagi kita akan solat Subuh berjemaah” ajak Ustaz Amir sambil memeluk erat di dadanya.

“Aku tidak pernah solat” jawab aku perlahan sambil melihat orang ramai sudah memenuhi ruang solat.

“Adik jika seseorang hamba itu  menjaga perintah Allah, maka Allah akan menjaganya, tiadalah penjagaan yang lebih baik dari penjagaanNya, mari ustaz ajarkan adik solat” nasihat Ustaz Amir kepadaku sambil mendirikan aku.

Aku tersentap medengar kata-kata nasihat itu tadi, dari situlah aku mula berubah dan mengenal siapa pencipta alam ini. Aku dapat bezakan diantara jalan yang lurus disinari cahaya petunjuk dan jalan yang bengkang bengkok dihiasi nasfu yang buas. Hidupku berputar 180 darjah.

“Adik... bangun dik” kejut seorang pakcik dengan memukul perlahan tapak kakiku. Aku terjaga dari tidurku, mata aku menerpa keluar pintu masjid yang masih bercahaya. “pakcik dah nak tutup masjid ini, adik pulanglah kerumah” kata pakcik itu sambil menutup suis kipas. Aku lantas bangun dan keluar dari masjid. Aku mehidupkan enjin motor dan berlalu sahaja.

***

“Salman, hari ni aku mahu pulang ke rumah ibuku di bandar, adik perempuanku akan menyambung pelajarannya ke luar negara, jadi aku perlu pulang bagi menghantarnya di lapangan terbang” kata Syukry sambil membawa satu beg besar ditangan kanannya.

“Selamat jalan, jangan lupa bawa ole-ole dari bandar bila pulang kesini semula” jawab aku sambil mengangkat dan memasukkan beg besar itu kedalam bonet kereta. Aku berdiri melihat kereta Syukry berlalu pergi.

“Aku perlu berjumpa dengan Azry hari ni” teringat aku akan Azry sambil berjalan masuk kerumah.

Aku menuju ke dapur rumahku, memerhati bahan-bahan untuk dimasak. “Bawang, cili, timun, salad... ini boleh buat nasi ayam” bisik hatiku sambil mengeluarkan ayam dari peti sejuk. Emakku sempat mengajarkan cara memasak nasi ayam,  walaupun aku tidak tahu resepi masakan lain, tapi cukup la aku jadikan ia menu istimewa dalam hidupku.  Aku mula memotong bawang dan menghidupkan api didapur.

Aku menaiki motor EX5ku menuju ke rumah Azry, bersamaku bekalan nasi ayam untuk makanan tengahari. Motorku memecut laju melalui jalan persisiran pantai. Mataku terlihat dari jauh dua susuk tubuh duduk berduan diatas satu bongkah batu yang besar mengadap pantai, lama aku perhatikan dari belakang. Lantas aku menekan brek motor.

“Azry!...oh Azry!” aku memanggil Azry sambil menongkat motorku ditepi jalan. Azry memandangku, lantas dia berjalan menghampiriku berseorangan.

“Aik seorang je Azry, tidak ajak kawan kau seorang lagi tu datang sini” tanya aku sambil melihat kawan Azry berlalu pergi dari tempat itu.

“Oh tu kawan perempuan satu universiti, dia tinggal tidak jauh dari sini, segan la aku bawa dia jumpa abang sekali” jawab Azry sambil pipinya kemarahan.

“Abang tunggu Azry semalam di Masjid” tanyaku sambil melangkah kaki menuju ke sebuah bangku yang berada di bawah sebatang pohon yang rendang.

“Maafkan aku terlupa, malam semalam aku keluar ke bandar bersama kawan perempuanku itu tadi” jawab Azry sambil menurunkan pandangannya kebawah. Aku memberikan bekalan nasi ayam kepada Azry.

“Abang aku ingin menanyakan sesuatu boleh?” tanya Azry sambil menyuapkan ayam kedalam mulut.

“Abang ada minat pada seorang perempuan? Biasalah sebagai seorang lelaki mesti berkenan dengan seseorang” tanya Azry sambil mengunyah makanan dimulut. Aku mengunci mulut dan melebarkan pipiku sambil berjalan perlahan ke arah laut.

“Azry, di dalam kehidupan ini, Allah jadikan setiap urusan rezki, ajal, jodoh dan kebahagian sudah ditetapkan olehNya, sebagai hamba perlu yakin dengan janjiNya bahawa lelaki yang baik adalah bagi perempuan yang baik dan lelaki yang buruk bagi perempuan yang buruk, yang paling penting dalam kehidupan ini adalah menjaga hubungan kita dengan Allah” jawab Aku sambil melihat tepat ke bijik mata Azry.

“Tapi kalau sudah berminat, susah untuk ditinggalkan” jawab Azry sambil melempar sebiji batu ke laut.

“Allah ciptakan lelaki suka akan perempuan dan perempuan suka akan lelaki, ianya perlu dikawal daripada terikut hasutan nafsu dan syaitan” Kata aku sambil memegang erat bahu Azry. Aku menghidupkan enjin motor. Lantas kami bergerak meninggalkan pantai itu.

“Azry, esok malam abang nak ajak Azry bermain bola futsal boleh?” tanya aku sambil melihat Azry membuka pintu pagar rumahnya.

“Boleh... kali ini aku tidak akan hampakan ajakan abang” jawab Azry keriangan.

“Esok malam abang datang ambil Azry disini” kata aku sambil bergerak pergi meninggalkan rumah banglo itu.

***     

Dibawah sinaran bulan purnama, “Pak cik!... teh tarik satu, kopi O satu, kaw punya” aku memesan minuman sambil melihat orang ramai memasuki warung Pak Ali.

“Ustaz, dua tiga hari ini, hatiku terasa kering bagaikan daun reput ditelan zaman” Aku mengeluh kepada Ustaz Amir sambil membetulkan kedudukanku. Ustaz tersenyum memerhati aku.  

“Salman, hati seorang daie itu perlu sentiasa dibasahi dengan amal ibadah dan khuyuk kepada Allah, hati ibarat sebuah span, apa yang disedut olehnya, maka itu yang akan dikeluarkan” nasihat Ustaz Amir sambil memegang bahuku.

“Nah teh tarik satu dan kopi O” kata Pak Ali sambil meletakkan cawan diatas meja kami. Kami mengambilnya dan terus bersembang tentang agama dan tarbiah.

“Ahhh!... hari ni ada lagi kes motor hilang, kampung kita ini sudah tidak aman seperti dulu” mengeluh seorang pakcik berbadan sasa  dimeja sebelah sambil menarik kerusi untuk didudukinya.

“Itu semua kerja budak-budak samseng yang datang dari negeri seberang, semuanya berlaku sejak mereka pindah ke kampung kita” kata seorang pakcik tampak kulitnya yang kedut dimakan usia sambil menghentak tangannya dimeja. Aku memasang telinga mendengar perbualan mereka, fikiranku tergambar raut wajah seseorang yang pernah kulihat di dalam sebuang bingkai gambar di rumah banglo milik keluarga Azry.

“Kita perlu pertingkatkan keselamatan kampung kita, demi ketenteraman anak cucu kita akan datang” kata seorang pakcik sambil menghirup secawan teh.

“Aku cadang kita bina sebuah kumpulan untuk berkawal setiap malam, kita kumpul remaja-remaja yang sasa dan kuat dikampung kita, jika kita berjaya tangkap semua samseng-samseng ini, kampung kita akan kembali tenteram seperti dulu” balas seorang remaja yang duduk berhadapan dengan pakcik-pakcik itu.

Aku bangun dari kerusi, “ustaz, aku mintak diri untuk pulang kerumah, sudah lewat malam” kata aku kepada ustaz Amir sambil mengeluarkan duit untuk membayar minuman itu tadi.

“Salman, hidup seorang daie akan penuh dengan ujian dan cabaran, tabahkan hatimu dan terus bersabar, mohonlah pertolongan padaNya yang Esa” pesan terakhir ustaz Amir kepadaku sebelum aku melangkah pulang.

***         

“Pon! Pon!...” aku menekan hon motor memanggil Azry keluar rumah.

“Aku datang!... ” jerit Azry di dalam rumah sambil mengambil kasut bolanya yang berhabuk. Azry menaiki motor, mataku melihat kearah jam ditangan, aku terus memecut motor dengan laju menuju ke gelanggang futsal.

“Itu kawan-kawan abang ke?” kata Azry sambil melihat pemuda-pemuda di gelanggang futsal itu. Kami bermain dengan seronok dan bersahabat pada malam itu.

 “Seronok dapat bermain dan berkenalan dengan kawan-kawan abang, aku berharap semoga hubungan ini akan terus berkekalan” kata Azry  sambil mengelap peluhnya yang mencurah-curah.

Kami bergerak pulang, “Azry boleh abang tahu, apa cita-cita Azry?” tanya aku sambil menunggang motor.

Sedang asyik bersembang tentang masa hadapan, di sebuah persimpangan jalan raya, tayar motorku pancit. Jam ditangan menunjukkan jam 12.00 malam.

“Astaghfirullah... dugaan apakah malam ini?” tanya hatiku sambil menghela nasaf.

“Abang, malam ni kita pulang kerumah abang la, tidak jauh daripada sini kan” ajak Azry sambil menonton motorku.

“Brom... brom... pon... pon...” bunyi hon motor datang dari arah belakang kami. Kelihatan tiga orang menaiki dua motor RXZ 150CC datang dengan pantas mengelilingi kami.

“woi!... serahkan motor kepada kami” tengking seorang lelaki bertopi keledar sambil menghunus sebilah parang kearah kami.

“kamu semua ni siapa? Kalu berani turun ke sini, kita lihat berapa tinggi langit dengan bumi” jawab aku sambil membuka dada. Aku menarik Azry ke belakangku, mereka menongkat motor dan mengepung kami.

Aku membuka langkah silat gayungku, mereka menerkam dan melibas parang ke arahku, aku mengelak  dan menjatuhkan parang itu, kini bagai buku bertemu ruas, mereka menyerangku seorang demi seorang, aku menangkis tumbukan-tumbukan mereka, sehingga aku berjaya menjatuhkan mereka satu persatu, hanya berdiri lelaki yang bertopi keledar. Dia membuka kekuda, lantas aku menyerangnya, pertarungan begitu sengit. Namun akhirnya aku berjaya menjatuhkannya ke atas tanah.

Aku menanggalkan topi keledarnya, “woi!... Edry!... sial kau, kau tidak berubah dari dulu, kau menyusahkan orang-orang kampung, kau nak jadi apa kat dunia ni hah?” tengking aku sambil melihat tepat dimatanya.

Edry bangun dari rebah, “Salman abang long!... kau ingat kau akan selamat, selepas kau tinggalkan kumpulan Pedang Silang pada malam itu, masih banyak hutang belum kau lunaskan” tengking Edry kepadaku sambil menarik Azry.

Azry terdiam seribu bahasa, tergamam melihat aksi aku yang berbeza dari sebelumnya. Lantas mereka memaksa Azry menaiki motor dan terus memecut dengan laju. Aku terduduk menghela nafas memikirkan kejadian yang telah berlaku.

***      

“Haaah...” aku terjaga dari tidur, peluh membasahi dahiku, kejadian malam semalam menjadikan mimpi aku kembali ke zamanku yang lalu. Aku lantas bangun dari katil melangkah ke luar rumah, memerhatikan keadaan tayar motor yang tiada angin. Aku menolak motorku ke bengkel motor berdekatan rumahku.

“Bang tukarkan tiup motor belakang, tertusuk paku malam tadi” kata aku kepada tukang motor.

“Nah sudah siap baiki, semua sekali RM20” kata tukang motor itu sambil mengemas perlatannya. Aku membayarnya dan terus memecut motor menuju ke rumah tok ketua kampung.

“Assalamualaikum... atok oh atok” aku memanggil tok ketua kampung.

Pintu rumah dibuka, “ya nak, ada apa datang sini?” tanya tok ketua kampung kepada aku. Aku menceritakannya kejadian malam semalam kepadanya.

“Atok rasa lebih baik kamu berjumpa dengan pengawal kampung kita, mungkin mereka boleh membantu kamu” kata atok dengan nada yang serak.

Aku menuju ketempat yang diberitahu oleh tok ketua kampung. “aku perlukan pertolong!” Jerit aku kearah sekumpulan manusia yang berpakaian seragam. Mereka datang menghampiriku, lantas aku menceritakan segala kejadian semalam kepada mereka.

“Kalian semua boleh bantuku selamatkan Azry?” tanya aku kepada mereka sambil melihat mata meraka satu persatu.

“Kami boleh bawakan kau ke tempat pesembunyian mereka” jawab mereka sambil melihat kearah bukit batu dihujung kampung.       

Kami bergerak kesana dengan lima buah motor dan sebuah kereta, masing-masing dari kami dilengkapi dengan senjata dan kelengkapan untuk menangkap mereka. Api dihatiku membara tinggi bagai tiada tanda akan terpadam selagimana aku tidak berjaya menyelamatkan Azry.

***

Didalam sebuah gua batu, “abang! kau kenal ke dengan abang salman?” tanya Azry kepada abangnya Edry.

“Kau budak mentah apa yang kau tahu, macam manalah kau boleh bersama dengan ketua samseng negeri seberang?” tengking Edry kepada adiknya sambil menolak kepalanya.

“Abang Salman baik, dia banyak mengajar aku tentang agama dan kehidupan, kau bila mahu barubah? Mama menangis melihat sikap kau yang masih tidak berubah” keluh Azry kepada abangnya sambil mengalirkan air mata.

“Abang long Edry!... tempat kita sudah diserbu” jerit seorang ahli kumpulan mereka sambil memegang bahunya yang luka. Keadaan menjadi kelam kabut, masing-masing mengambil barang dan bersiap untuk melarikan diri.

“Kalian sudah terkepung! Lebih baik menyerahkan diri” aku berkata dengan pembesar suara sambil mataku melihat tepat kearah dua orang kembar itu. Pengawal menyerbu mereka, sebahagian mereka menyerahkan diri dan sebahagian mereka melarikan diri.

“Kau jangan hampiriku, jika tidak aku akan tembak budak ni” jerit Edry kepadaku sambil meletakkan pistol dikepala Azry.

“Kau jangan buat kerja gila, itu adik kandung kau sendiri” kata aku kepada Edry. Azry menolak abangnya, Lantas Edry melarikan dirinya ke dalam hutan, aku mengekorinya dari belakang. Sampai disebatang sungai yang cetek, aku berjaya menolaknya jatuh, berlaku pergelutan yang sengit diantara kami. Akhirnya aku terjatuh kekalahan.

“Woi... kau ingat bila kau berubah jadi baik macam ni boleh masuk syurga” perli Edry kapadaku sambil mengacu pistol kearahku.

“Aku harap Allah akan sedarkan kau suatu hari nanti, jika aku boleh berubah mengapa kau tidak boleh” jawab aku dengan suara yang lantang. Mata Edry melihat jauh kehadapan kelibat pengawal datang menghampirinya.

“pom!...pom!...pom!...” beberapa das pistol dilepaskan. Edry melarikan diri kedalam hutan. Aku mula merasa mengah, nafasku semakin berat. Mataku mula kabur dan pandanganku menjadi gelap.

***

“Edry!...” aku terjaga dari tidur panjangku, dahiku berpeluh, datang seorang jururawat kearahku, Azry dan ibunya merapatiku.

“Alhamdulillah... aku masih diberi kesempatan untuk hidup lagi” bisik hatiku sambil memengang perutku yang masih terluka.

“Salman... “ suara panggilan Ustaz Amir menerpaku.

“Kau ni kalau tidak merisaukan aku tak boleh” perli Syukry dengan nada kerinduan. Mataku mula berkaca mengalirkan air mata, aku bersyukur yang teramat sangat kerana hadirnya insan-insan yang baik di dalam hidupku.

“Semoga engkau akan bahagia sepertiku wahai Edry...” doaku dalam diam sambil tersenyum menyambut mereka.  

24/7/2016, 3.25pm, pejabat ISMA.
-AQI-