Isnin, 3 September 2012

Selamat Hari Raya 2012


           Selamat hari raya kepada semua pembaca-pembaca dan peminat-peminat, mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, jika tersalah laku dan tersalah kata dalam blog ini. Saya harapkan kita semua saling maaf bermaafan dan berbaik-baik dengan kawan-kawan jika berlaku pertelingkahan. Buang yang keroh ambil yang jernih. Jadikan pengalaman kita yang lalu sebagai pengajaran dan bimbingan untuk meneruskan hidup kita pada masa hadapan.

Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: Dan membesarkan allah atas apa yang diajarkan kepada kamu, moga-moga kamu menjadi orang yang bersyukur.

Ayat ini memberitahu bahawa allah memerintahkan kepada orang beriman supaya membesarkan allah iaitu bertakbir kepada allah pada hari raya. Disebabkan ayat ini disunatkan kita bertakbir pada pagi Raya Aidilfitri dan Raya Aidiladha. Amatlah rugi bagi sesiapa yang tidak sempat bartakbir bersama-sama pada pagi raya disebabkan dia terlalu sibuk menyiapkan persiapan untuk hari raya. Saya ingin mengajak semua pembaca untuk menjadikan raya pada tahun ini mengikut syariat dan ajaran islam. Janganlah membazir pada hari raya, jika pada tahun lepas kita memiliki 5 helai baju raya, maka pada tahun ni hanya 4 helai sahaja dan sehelai lagi kita sedekahkan kepada anak yatim dan fakir miskin. Semoga raya tahun ini menjadi pelindung kepada kita daripada kita melakukan maksiat kepada allah.